Saturday, April 23, 2011

Flavor Macarons


1) Electric Pink Chocolate Ganache (perisa ni paling mendapat sambutan dikalangan customer awin)



2) Yellowhammer Vanilla & Chocolate Ganache



3) Turquoise Peanut



4) Mars Red Strawberry


5) Greece Flag Blue Lemon


6) Royal Purple Vanilla



7) Orange Peel Lemon & Peanut



8) Copper Creamy Cappuccino


9) Green Light Oreo

10) Sky Blue Blueberry

11) Red Velvet Macarons

Friday, April 22, 2011

Price List





12pcs pelbagai perisa macarons = RM30 termasuk kos pos





25pcs pelbagai perisa macarons = RM60 termasuk kos pos





lollipop macarons rm3.00 each include packing and ribbon




Macarons Cupcakes rm5.00 each include packing (pickup only)




goodies macarons rm2.80 each include packing and ribbon




Awin's Fancy Cookies RM4.00 each




Macarons Besday Decoration - price depend on decoration


Macarons Besday Decoration - price depend on decoration



Macarons Anniversary Decoration - price depend on decoration





Macarons Door Gift Set - price depend on packaging

Tempah sekarang melalui online order form/sms/call awin. Bagi penghantaran melalui pos, awin akan buat 2 kali penghantaran dalam seminggu iaitu hari isnin dan rabu sahaja. Awin menggunakan khidmat poslaju so Awin Macarons tidak akan bertanggungjawab sekiranya bungkusan & macarons pecah teruk sbb awin packing macarons semua menggunakan bubble dalam dan luar kotak tersebut serta sticker fragile akan ditampal. Akan tetapi sekiranya macarons yang smpai tu pecah teruk harap leh inform awin sbb awin akan membuat penambahbaikan dr semasa ke semasa. Akhir sekali diharap semua dpt memberikan komen dan support yang berterusan kepada Awin Macarons. Terima Kasih.

Monday, April 18, 2011

Order & Contact Me

Untuk tempahan sila hubungi Awin 019-3073952 / 019-3092008

Awin tinggal di area Alam Damai, Cheras...

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, tempahan juga boleh diambil melalui tempat-tempat berikut:

1) PPUM Petaling Jaya

Tempahan boleh dibuat secara online di sini



Selepas tempahan dilakukan sila sms/call Awin untuk pengesahan tersebut.
Bagi mereka yang melakukan pembayaran secara bank in Maybank, Awin akan memberi no akaun melalui sms/call.

Terima Kasih.

Awin Macarons kini di pasaran..

Awin Macarons kini memasuki pasaran....setelah lebih kurang sebulan berusaha menghasilkan macaron terbaik...kini awin sudah mula memasarkan macarons pelbagai perisa...sekarang awin masih lagi dalam peringkat menghasilkan pelbagai perisa yang lebih menarik lagi....untuk tatapan kali ini awin poskan beberapa gambar macarons yang telah ditempah...untuk sebarang tempahan sila hubungi awin di talian,email ataupun di facebook..

Bagi mereka yang ingin mengetahui perisa dan senarai harga Awin Macarons, boleh pilih navigasi menu di atas ini.

Tempahlah sekarang di online order form!!!!!
Nikmatilah rasa sebenar Awin Macaron...anda sudah pasti tidak akan mampu melupakan rasanya...sedapppppppp tuuuuuuuu.....

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih...


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada 20 org followers pertama...Diharap korang sume dapat membantu sebarkan blog awin ni tuk kekawan yang laen ya...seperti yang dijanjikan, awin akan hadiahkan 20 orang followers pertama dengan Macarons yang awin buatkan khas untuk korang...

Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja korang memberi alamat..so bagi mereka yang namanyer tersenarai untuk dapat hadiah macarons ni..sila emailkan atau sms alamat korang kepada Awin yerr...

Senarai 20 orang Follower pertama yang dapat Macarons Free adalah..

1) Zulfah Ab manaf

2 ) Paulina Martinez

3 ) !! IR MIZ DINO !!

4 ) Sakeena Abu haisan

5 ) wansiti

6 ) aZiELa

7 ) azie b

8 ) saidatul indaha

9 ) Cik Puan Siti

10 ) sabrina razif

11 ) zizie cherry

12 ) jaja76

13 ) sha ibrahim

14 ) greatest

15 ) exlieza delisha

16 ) cutegirl

17 ) siti khadijah

18 ) syazana

19 ) Khairul Farhan

20 ) eyda johorean


Tuesday, April 5, 2011

Resepi Macaron


Post kali ni awin akan mula cerita mengenai resepi macaron..Bagi kekawan yang nak kan resepi ni,biar awin ceritakan serba sedikit..awin mengunakan resepi dari pelbagai sumber...tapi kebanyakan resepi tersebut semuanyer lebih kurang sama...cuma teknik je berbeza...mengikut bacaan awin,macaron boleh dibuat dengan 2 teknik...teknik yang pertama ialah mengikut kaedah french dan yang lagi satu pulak mengikut kaedah italian

Awin dah cuba kedua2 jenis teknik, dan pada pendapat awin kaedah French lebih mudah dibuat tetapi agak sukar tuk menghasilkan macaron yang perfect tapi klu guna kaedah italian....susah sikit kaedah ni tapi tak salah klu korang nak cube...cume klu guna kaedah italian ni boleh menghasilkan macaron yang lebih cantik...untuk pengetahuan kawan2 semua..awin masih belum mampu menghasilkan macaron yang perfect,awin masih lagi mencuba pelbagai lagi skill tuk hasilkan macarons yang perfect..lagipun awin hanya berpandukan pada buku2 ngan laman web jek..xder pun pegi kelas buat macarons sbb agak mahal jugaklah bayaran untuk ke kelas macaron tu..so marilah kiter bersama2 belajar & berusaha menghasilkan macaron tanpa pergi ke kelas.....kekeke..

Kaedah French Macaron

Kaedah ini menghasilkan macarons melalui gabungan bahan kering ke dalam putih telur..ni link resepi yang telah awin buat di http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/
Awin boleh tulis semula resepinyer tapi lebih baik korang pergi tgok link yg diberi tu sebab ader gambar2 step by step...awin gunakan sukatan yang sama mcm dalam resepi tu tetapi mungkin teknik awin laen sebab tu awin gagal 2 kali dulu sebelum berjaya..

Sebenarnya banyak resepi Macarons ni klu korang cari kt internet..cuma kebanyakannya ader yang x betol..so awin akan cube dulu setiap resepi yang diberi..klu menjadi dan boleh dipercayai,barulah awin akan postkan linknyerr..Awin masih tengah mencari link resepi menggunakan kaedah italian yg terbaik...awin kena cuba dulu resepi tu..klu ok bru awin akan postkan link tu

Bagi kekawan yg ingin mencuba..awin ucapkan good luck,semoga korang berjaya..klu ader aper2 tips kongsi2 kanlah bersama yer...atau klu ader ape2 boleh lah kite bincangkan di comment..bolehlah share....

Monday, April 4, 2011

Selamat Datang ke Awin Macarons

Ini adalah artikal rasmi awin buat kali pertama mengenai pemanis mulut kegemaran dunia iaitu mengenai Macaron yang mana sejak kebelakangan ini semakin hangat diperkatakan di negara kita, Awin bukanlah pakar bab Macaron ni tetapi awin banyak buat bacaan dan rujukan mengenai Macaron & awin akan kongsikan bersama rakan-rakan sekalian..Bagi mereka yang baru sahaja mengenali Macaron ini awin nasihatkan supaya korang sumer mengenali apa sebenarnya Macaron sebelum korang belajar cara membuat Macaron supaya korang sume dapat menghasilkan Macaron yang sempurna..

Pengenalan

Orang cakap “tak kenal maka tak cinta” & sebagai perkenalan korang kena tahu ejaan sebenar macaron adalah Macaron bukannya Macaroon ‘double o’ seperti kebanyakan orang yang tersalah eja..Macaron dihasilkan melalui gabungan bahan utama iaitu gula icing,serbuk almond dan putih telur atau nama omputihnyer disebut ‘almond meringue’. Almond meringue yang sempurna ini diapit dengan filling(intinya) yang pelbagai rasa dan apabila korang mengigitnyer buat kali pertama,korang akan dapat rasakan keranggupan kulit macaron dan di dalamnya rasa sidikit kenyal tetapi akan cepat cair didalam mulut bersama fillingnya.(iskk…susah nak gambarkan rasenyer..korang kena pergi rase sendiri bru tahu nikmatnyerr).

Macaron pada kebiasanya dihasilkan dalam 3 saiz berbeza iaitu macaron kecil ; berukuran 2-3 cm, macaron sederhana ; berukuran 3-5 cm dan macaron besar ; berukuran 5-8cm. Korang boleh buat besar lagi kalau korang nak menghasilkan gateau(sejenas kek yang menyerupai macarons) dengan filing buah-buahan yang lebih besar manakala saiz yang kecil sangat sesuai dilapisi dengan filling cream atau jem.




Sejarah Macaron

Bagi orang Paris & orang Perancis. ‘ Macaron de Paris ‘ telah menjadi kebiasaan dalam setiap hidangan mereka sebagai pencuci mulut. Seorang pengasas sebuah kedai manisan atau orang Paris mengenalinya sebagai Laduree mendakwa bahawa Macarons adalah ciptaan beliau,ianya dikembangkan lagi dengan pelbagai ciptaan macaron oleh Pierre Desfontaines pada awal kurun ke-20.



Walaupun terdapat banyak Macaron dihasilkan di Perancis,tetapi ianya tidak sempurna seperti macaron yang dihasilkan oleh Laduree & Pierre. Oleh yang demikian,Laduree & Pierre Herme merupakan dua nama yang sangat terkenal dalam menghasilkan macarons terbaik yang tiada tandingannya.





Pada awal tahun 2002, perbincangan mengenai Macaron semakin meluas di internet, Donnay Hay seorang wartawan dari Australia yang dikatakan individu pertama menulis mengenai macarons di dalam majalahnya dan ianya mendapat sambutan meluas sehingga Macaron menjadi hidangan di restaurant-restaurant mewah di sekitar Sydney & Melbourne. Dan dari sinilah bermulanya Macarons meluas ke negara-negara asia yang lain seperti di Jepun,Singapore dan juga Malaysia.





p/s ; Semua rujukan ini dibuat melalui pembacaan sahaja,sorrylah kalau ade maklumat yang kurang tepat,diharap kekawan sume boleh memperbetulkannya..makaceh..

Saturday, April 2, 2011

Macarons Pelbagai Perisa...

Wahahhha...semenjak dh berjaya buat macarons ni,macam2 cubaan dh aku buat...tpi setakat ni aku dh buat kajian,Macarons boleh dibuat dengan mengunakan dua method..method yg pertama iaitu French mathod, yang mana hanan kering dicampurkan ke dalam putih telur..manakala method yg kedua iaitu Italian Method pulak agak sukar sbb kiter perlu panaskan gula pada suhu tertentu sebelum dicampurkan kepada putih telur...setakat ni aku bru cuba membuat macarons menggunakan French Method saja..berikut adalah gambar2 pelbagai rase macarons yg telah aku buat...la..la..la..



Yang berwarna pink tu perisa jem strawberry,yang oren tu pulak perisa banana & yg hijau tu plak perisa kiwi..setakat ni aku suke yg perisa kiwi..nyumm..nyummm..



Akhirnya..Macarons pelbagai perisa....