Monday, April 4, 2011

Selamat Datang ke Awin Macarons

Ini adalah artikal rasmi awin buat kali pertama mengenai pemanis mulut kegemaran dunia iaitu mengenai Macaron yang mana sejak kebelakangan ini semakin hangat diperkatakan di negara kita, Awin bukanlah pakar bab Macaron ni tetapi awin banyak buat bacaan dan rujukan mengenai Macaron & awin akan kongsikan bersama rakan-rakan sekalian..Bagi mereka yang baru sahaja mengenali Macaron ini awin nasihatkan supaya korang sumer mengenali apa sebenarnya Macaron sebelum korang belajar cara membuat Macaron supaya korang sume dapat menghasilkan Macaron yang sempurna..

Pengenalan

Orang cakap “tak kenal maka tak cinta” & sebagai perkenalan korang kena tahu ejaan sebenar macaron adalah Macaron bukannya Macaroon ‘double o’ seperti kebanyakan orang yang tersalah eja..Macaron dihasilkan melalui gabungan bahan utama iaitu gula icing,serbuk almond dan putih telur atau nama omputihnyer disebut ‘almond meringue’. Almond meringue yang sempurna ini diapit dengan filling(intinya) yang pelbagai rasa dan apabila korang mengigitnyer buat kali pertama,korang akan dapat rasakan keranggupan kulit macaron dan di dalamnya rasa sidikit kenyal tetapi akan cepat cair didalam mulut bersama fillingnya.(iskk…susah nak gambarkan rasenyer..korang kena pergi rase sendiri bru tahu nikmatnyerr).

Macaron pada kebiasanya dihasilkan dalam 3 saiz berbeza iaitu macaron kecil ; berukuran 2-3 cm, macaron sederhana ; berukuran 3-5 cm dan macaron besar ; berukuran 5-8cm. Korang boleh buat besar lagi kalau korang nak menghasilkan gateau(sejenas kek yang menyerupai macarons) dengan filing buah-buahan yang lebih besar manakala saiz yang kecil sangat sesuai dilapisi dengan filling cream atau jem.




Sejarah Macaron

Bagi orang Paris & orang Perancis. ‘ Macaron de Paris ‘ telah menjadi kebiasaan dalam setiap hidangan mereka sebagai pencuci mulut. Seorang pengasas sebuah kedai manisan atau orang Paris mengenalinya sebagai Laduree mendakwa bahawa Macarons adalah ciptaan beliau,ianya dikembangkan lagi dengan pelbagai ciptaan macaron oleh Pierre Desfontaines pada awal kurun ke-20.



Walaupun terdapat banyak Macaron dihasilkan di Perancis,tetapi ianya tidak sempurna seperti macaron yang dihasilkan oleh Laduree & Pierre. Oleh yang demikian,Laduree & Pierre Herme merupakan dua nama yang sangat terkenal dalam menghasilkan macarons terbaik yang tiada tandingannya.





Pada awal tahun 2002, perbincangan mengenai Macaron semakin meluas di internet, Donnay Hay seorang wartawan dari Australia yang dikatakan individu pertama menulis mengenai macarons di dalam majalahnya dan ianya mendapat sambutan meluas sehingga Macaron menjadi hidangan di restaurant-restaurant mewah di sekitar Sydney & Melbourne. Dan dari sinilah bermulanya Macarons meluas ke negara-negara asia yang lain seperti di Jepun,Singapore dan juga Malaysia.





p/s ; Semua rujukan ini dibuat melalui pembacaan sahaja,sorrylah kalau ade maklumat yang kurang tepat,diharap kekawan sume boleh memperbetulkannya..makaceh..

No comments:

Post a Comment